::: CONTENT :::

Monday, December 24, 2012

Simpan Sel Darah Untuk Penyakit Kronik

Golongan ibu disarankan menyimpan sel darah dari pusat bayi mereka di tabung  sel darah sebagai persediaan mengubati pelbagai penyakit kronik.
Ini kerana sel darah itu didakwa berupaya menyembuhkan penyakit-penyakit kronik seperti leukemia dan kanser yang dihidapi oleh ahli keluarga mereka.

Ketika ini, sel darah tersebut boleh disimpan di tabung sel darah yang diperkenalkan, Stemlife Bhd.

Pengarah Urusan Stemlife Bhd., Sharon Low menjelaskan, ia satu langkah ke hadapan dalam dunia perubatan.

"Ia penting kerana fungsinya membentuk sel darah baru dalam badan pesakit," ujarnya pada majlis memperkenalkan tiga perkhidmatan terbaru syarikat itu, Stem Guard, StemAssurred dan Stem21 yang dilancarkan oleh Ratu Jazz, Sheila Majid di Kuala Lumpur.

Pengarah Operasi Stemlife Berhad, Zahrein Redza memberitahu, masih ramai rakyat tidak sedar tentang kepentingan tabung itu kerana bimbang untuk melakukan pemindahan sel darah tersebut.

"Pihak kami hanya mengambil sel daraha dari ibu yang baru melahirkan anak, bukan ambil bersama uri dan tali pusat," ujarnya.


Sumber: KOSMO - 27 April 2007
Klik di sini untuk melihat keratan akhbar.



No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Twitter Facebook Feed Facebook Share It Twitter Share It

Do you like this story?