Apakah makanan yang sesuai
selepas olahraga??
Sebelum ini, saya ada kongsikan, mana yang didahulukan, sarapan atau
olahraga. Hari ini, saya akan kongsikan pula apa makanan yang sesuai
selepas olahraga.
Soal bersarapan dahulu atau olahraga sudah selesai Bagaimana pula dengan pilihan makanan yang terbaik selesai berolahraga?
Kadang-kala kita melihat ramai yang singgah di kedai makan untuk bersarapan usai berolahraga dengan pilihan makanan yang tidak sesuai.
Bukan hanya pilihan makanan yang tidak sesuai, tetapi ada pula yang mengurut kaki, pinggang dan sebagainya.
Disarankan agar anda tetap memilih makanan yang sihat bagi memaksimumkan manfaat olahraga yang telah dilakukan.
Seterusnya, pilih makanan yang sesuai bagi mengelakkan rasa tidak selesa ketika berolahraga.
Kesalahan dalam mengolah tubuh ketika berolahraga, seperti kekejangan, lenguh badan dan sebagainya, menjadi faktor negatif kepada anda untuk terus aktif berolahraga.
Sebelum anda mula mengamalkan pengambilan ubat-ubatan, apa kata anda cuba dahulu amalkan beberapa jenis makanan berikut sebagai langkah pemulihan setelah olahraga.
Ikuti panduan ini:
Sumber: Majalah Mingguan Wanita (07-13 Disember 2012)

- Halia merupakan salah satu jenis tanaman yang memiliki banyak khasiat. Ia bukan sahaja dapat menghilangkan angin yang masuk ke dalam tubuh tetapi juga berkhasiatuntuk mengurangi rasa kaku dan kejang pada otot setelah berlari. Zat seperti gingerol, shogaol dan zingerone dapat membantu menyembuh rasa sakit pada tubuh.
- Selain enak dicampurkan di dalam sos pasta, jus tomato juga berperanan di dalam penyembuhan kecederaan yang disebabkan oleh aktiviti berbasikal. Biasanya ia mudah berlaku apabila berbasikal terlalu lama. Kandungan likopen yang terdapat di dalamnya boleh menyembuhkan jaringan kecederaan agar sembuh lebih cepat. Ambil satu auns tomato selama seminggu untuk penyembuhan.
- Protien yang terkandung di dalam yogurt mempercepatkan pemulihan otot setelah berolahraga. Penyelidikan di Medicine and Science in Sport and Exercise mendapati bahawa orang yang mengambil protien lebih cepat pulih dari kecederaan ototo berbanding orang hanya mengambil placebo. Bagi yang menggemari sayuran hijau, mengambil tiga auns sayuran hijau yang mengandungi nutrisis seperti beta karoten dan vitamin E sebelum berolahraga selama lapan minggu berturut-turut juga boleh membantu mengurangkan risiko kecederaan ototo akibat berolahraga.
- Jus ceri yang kaya dengan kandungan polyphenol, iaitu favanoid dan anthyocyanins diketahui mampu mengurang radang. Ketika atlet mengambil jus ceri secara teratur selama tujuh hari sebelum dan dua hari selepas berolahraga, otot mereka didapati pulih dengan lebih cepat.
Sumber: Majalah Mingguan Wanita (07-13 Disember 2012)
No comments:
Post a Comment