::: CONTENT :::

Wednesday, June 11, 2014

Tip Menjaga Kesihatan Buah Pinggang

[Tip Menjaga Buah Pinggang ]

[#]>> Perhatikan tekanan darah dan gula darah anda.

Ini kerana dua punca utama penyakit buah pinggang ialah disebabkan penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Dari semasa ke semasa, jumlah glukosa yang berlebihan di dalam darah akan merosakkan berjuta-juta unit penapisan kecil di dalam setiap buah pinggang.

Kira-kira 20 hingga 30 peratus pesakit kencing manis akan mempunyai penyakit buah pinggang(nefropati diabetis) dan jumlah ini akan terus meningkat dengan meningkatnya pesakit kencing manis.

Thursday, June 5, 2014

Kanser Mulut


Kanser mulut merupakan pertumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut.

Pengesanan dan rawatan kanser mulut di peringkat awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Wednesday, June 4, 2014

Kanser Otak


Ketumbuhan pada otak di bahagian tertentu otak yang memberi implikasi yang teruk pada pesakitnya.

[!] Jenis-jenis kanser Otak

  • Supra tentoria (bahagian atas otak)
  • Infra tentoria (bahagian bawah otak)

[#] Kanser pada bahagian atas otak ialah

  • Astrocytoma (ketumbuhan otak yang bukan berasal daripada sel-sel saraf)
  • Craniopharngioma (berasal daripada saki baki Rathker)
  • kanser kelenjar pinea

Tuesday, June 3, 2014

Kanser Kulit


Kulit adalah selaput luar tubuh. Ia melindungi kita daripada panas dan cahaya, luka, dan jangkitan. Ia mengawal suhu tubuh dan menyimpan air, lemak dan vitamin D.

Dengan beratnya kira-kira 2.73 kg (6 paun), kulit adalah organ badan paling besar.

Ia terbentuk dari dua lapisan utama: lapisan kulit luar dan lapisan kulit dalam.Kulit luar (epidermis)terbentuk daripada sel seperti sisik yang rata dipanggil sel-sel squamous?.

Monday, June 2, 2014

Kanser Tulang


Badan kita mempunyai lebih dari 200 tulang.

Fungsi utamanya adalah rangka untuk badan dan melindungi organ-organ utama seperti paru-paru dan hati.

Kanser tulang primer berpunca dari tulang sementara kanser tulang sekunder berpunca dari organ - organ lain dan merebak ke tulang ( contoh : dari kanser payu dara , paru-paru dan kelenjar prostate )

Sunday, June 1, 2014

Kanser Usus (perut)


Kanser usus yang juga dikenali sebagai kanser kolorektal adalah salah satu daripada kanser yang kerap berlaku.
Twitter Facebook Feed Facebook Share It Twitter Share It