::: CONTENT :::

Thursday, June 5, 2014

Kanser Mulut


Kanser mulut merupakan pertumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut.

Pengesanan dan rawatan kanser mulut di peringkat awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.


[!] Kanser mulut sering terjadi di kawasan:

  • Lidah
  • Lantai Mulut
  • Bahagian Dalam Pipi
  • Gusi
  • Lelangit
  • Bibir Bawah

[?] Golongan mana yang berisiko mendapat kanser mulut?
[#] Mereka yang mengamalkan tabiat seperti berikut berisiko mendapat kanser mulut:

  • Merokok
  • Mengunyah Tembakau
  • Mengunyah Buah Pinang (Makan Sireh) Dengan Atau Tanpa Tembakau
  • Minum Alkohol Yang Berlebihan
  • Terdedah Pada Sinaran Matahari Secara Berlebihan

[?] Apakah tanda-tanda kanser mulut?


[#] Perhatikan tanda-tanda berikut:

  • Ulser dalam mulut yang lambat atau tidak sembuh
  • Tompokan putih (leukoplakia) atau merah (erythroplakia)
  • Bengkak atau ketumbuhan dalam mulut
  • Nafas berbau (halitosis)

[#] Symptom

  • rasa sakit dalam mulut
  • kesukaran mengunyah atau menelan atau menggerakkan lidah
  • kebas pada lidah atau dalam mulut
  • Kesukaran untuk membuka mulut

No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Twitter Facebook Feed Facebook Share It Twitter Share It

Do you like this story?