::: CONTENT :::

Wednesday, June 4, 2014

Kanser Otak


Ketumbuhan pada otak di bahagian tertentu otak yang memberi implikasi yang teruk pada pesakitnya.

[!] Jenis-jenis kanser Otak

  • Supra tentoria (bahagian atas otak)
  • Infra tentoria (bahagian bawah otak)

[#] Kanser pada bahagian atas otak ialah

  • Astrocytoma (ketumbuhan otak yang bukan berasal daripada sel-sel saraf)
  • Craniopharngioma (berasal daripada saki baki Rathker)
  • kanser kelenjar pinea

[#] Kanser pada bahagian bawah otak ialah;

  • Infra tentorial
  • Medulloblastoma (belakang otak)
  • Cerebeller astrocytoma (ketumbuhan pada serebrum)
  • Brain stem glioma (pangkal otak)
  • Ependymoma (ketumbuhan serebral yang berasal daripada sel-sel ependimal slia.Ia menyekat cecair serebrospina dan menyebabkan hidrosefulus) jenis yang paling kerap berlaku.


[!] Punca penyakit/faktor risiko

  • Genetik atau keturunan
  • Radiasi pada otak
  • Pesakit AIDS,leukimia dan kegagalan buah pinggang kuman? virus 'papova'semasa hamil.Ia memberi risiko kepada anak yang bakal dilahirkan.

[!] Tanda-tanda/Simptom


[#] Pada peringkat bayi mereka akan mengalami:

  • Proses pertumbuhan yang tidak normal-tidak boleh merangkak walaupun berusia enam bulan
  • Hydrocephalus (kepala besar) kerana meningkatnya tekanan pada kepala
  • Ubun-ubun membengkak,bayi akan gelisah,tidak bermaya dan kurang menyusu

[#] Pada peringkat awal kanak-kanak

  • Mengadu sakit kepala berulang-ulang
  • Kelihatan letih dan tidak bertenaga
  • Prestasi pembelajaran menurun
  • Lebih menderita kerana tekanan dalam otak semakin tinggi

[#] Simptom yang lebih ketara

  • Sakit kepala yang lebih teruk pada bahagian depan dan tepi kepala
  • Muntah yang memancut dan sakit kepala pada awal pagi
  • Sawan boleh berlaku,contohnya kejang pada tangan
  • Kabur penglihatan
  • Kanak-kanak yang menderita pada bahagian infratentoria tidak dapat berdiri atau berjalan dengan stabil
  • Sekiranya kanser merebak pada brain stem (pangkal otak) kanak-kanak akan mengalami
  • Gangguan pada pertuturan
  • Sistem pernafasan terganggu
  • Lemah anggota badan
  • Gangguan pada fungsi-fungsi saraf otak

[#] Peringkat lewat

  • Koma
  • Boleh pengsan
[!] Langkah Pencegahan
Pengawasan dari ibu bapa dapat membantu pengesanan kanser otak di peringkat awal sekiranya terdapat kanak-kanak sering mengadu sakit kepala



PERHATIAN: Segala info yang dikongsikan di sini sekadar pengetahuan sahaja. Sila rujuk dengan doktor pakar untuk pengesahan atau khidmat nasihat.


No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Twitter Facebook Feed Facebook Share It Twitter Share It

Do you like this story?