::: CONTENT :::

Monday, June 2, 2014

Kanser Tulang


Badan kita mempunyai lebih dari 200 tulang.

Fungsi utamanya adalah rangka untuk badan dan melindungi organ-organ utama seperti paru-paru dan hati.

Kanser tulang primer berpunca dari tulang sementara kanser tulang sekunder berpunca dari organ - organ lain dan merebak ke tulang ( contoh : dari kanser payu dara , paru-paru dan kelenjar prostate )


Kanser tulang sekunder adalah kanser tulang yang paling banyak di temui.


Ia berpunca dari kanser sel yang merbahaya dari organ lain dan telah merebak ke tulang dan ia boleh menyerang ke semua tulang.

[!] Gejala dan tanda
Gejala- gejala kanser tulang adalah berlainan pada setiap pesakit dan bergantung kepada jenis kanser tulang tersebut.


Secara umumnya gejala-gejala tersebut adalah :
  • Kebengkakan dan sakit pada kawasan yang terlibat
  • Sakit yang kuat terutamanya pada waktu malam
  • Hilang fungsi anggota
  • Tulang lebih rapuh dan senang untuk patah
  • Hilang berat badan dan selera makan
Pada 2001, nisbah satu dalam 100,000 penduduk didapati menghidap kanser tulang setiap tahun.

Walaupun penyakit kanser ini kurang terjadi berbanding penyakit-penyakit kanser yang lain, namun ia masih perlu dirawat segera sebelum terlambat.

Kanser tulang yang lewat dirawat boleh menyebabkan tulang retak dan akhirnya membawa maut.


[!] PERHATIAN: Segala info yang dikongsikan adalah sekadar pengetahuan umu sahaja. Anda disarankan mendapatkan khidmat nasihat dari doktor pakar. Sharing is caring.

No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Twitter Facebook Feed Facebook Share It Twitter Share It

Do you like this story?