Pernah dulu saya terfikir,..apakah yang dimaksudkan dengan kencing manis?? Adakah air kencing kita tu manis?? :)..
Seorang kawan menyatakan bahawa,...sekiranya kencing kita manis, ada semut yang akan mengerumuni air kencing kita,..hehehehe...betul ke?? Saya pun tak pasti sebab saya kencing kat tandas,..
So, harap info di bawah boleh membantu orang yang sama seperti saya..hehe..
Apa itu kencing manis?
Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah.
Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita.
Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pankreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan.
Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.
Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga.
Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pankreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa.
Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi.
Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis.
Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.
No comments:
Post a Comment