Persoalan ini mungkin tidak kepada mereka yang magu berolahraga.
Ada yang berpendapat lebih baik berolahrag dahulu supaya tidak terganggu akibat perut yang penuh ketika berolahraga. Namun tidak kurang pula yang mengatakan bahawa bersarapan terlebih dahulu agar bertenaga untuk memulakan aktiviti, sekaligus dapat membakar kalori makanan yang dimakan.
Apakah turutan yang betul, olehraga atau sarapan dahulu?
Menurut kajian yang dilakukan di Universiti Glasgow, United Kingdom, olahraga sebelum bersarapan sebenarnya berupaya membantu seseorang yang sedang dalam usaha menurunkan berat badan.
Para penyelidik mengatakan bahawa berolahraga sebelum bersarapan bukan sahaja dapat membantu tubuh lebih cepat membakar kalori namun aktiviti tersebut juga boleh menurunkan risiko pengumpulan lemak di pembuluh darah.
Dr. Jason Gill, salah seorang daripada kumpulan penyelidik tersebut mengatakan bahawa olahraga sememangnya bagus. Tetapi adalah lebih bagus sekiranya ia dilakukan sebelum bersarapan. Ini kerana tubuh akan bergantung kepada penghasilan tenaga dari lemak yang tersimpan di dalam tubuh dari malam sebelumnya.
Seramai 10 orang responden lelaki telah dipilih menyertai kajian tersebut bagi menguji keberkesanan olahraga yang dilakukan sebelum bersarapan. Dalam kajain tersebut, kesemua responden diminta untuk menikmati sarapan pada hari pertama kajian tanpa melakukan olahraga.
Hari berikutnya pula, responden diminta untuk berolahraga terlebih dahulu dan kemudian diikuti dengan bersarapan. Hari seterusnya pula, responden diminta untuk bersarapan terlebih dahulu, diikuti dengan aktiviti olahraga.
Hasil kajian tersebut mendapati bahawa secara umumnya diketahui para responden lebih banyak membakar kalori pada hari kedua, sehingga 33% berbanding pada hari ketiga.
Terang Gill, cara ini boleh dijadikan langkah penyelesaian masalah kelebihan berat badan. Namun konsistensi amat diperlukan agar dapat menurunkan berat badan semaksimum mungkin.
Sumber: Majalah Mingguan Wanita (07-13 Disember 2012)
No comments:
Post a Comment