BAHAYA NYA - KANSER PAYU DARA . '' AWAS LELAKI PUN JUGA KENA '' BUKAN HANYA WANITA.
Kanser
payudara merupakan antara pembunuh utama wanita di dunia. Malah, kaum
lelaki juga sebenarnya tidak ketinggalan menghadapi risiko ini. Kerana
itu, pemeriksaan rutin merupakan langkah yang paling baik bagi menangani
masalah kanser payudara. Sebarang kelainan atau keganjilan dari
pemeriksaan tersebut harus diambil tindakan segera.
1. Benjolan
Gejala
Kanser payudara yang paling mudah dikenali adalah munculnya benjolan
yang tidak normal. Benjolan itu boleh umumnya diraba sendiri, biarpun
kadang-kadang hanya boleh diketahui adanya benjolan itu melalui
pemeriksaan mammograph.
2. Pembengkakan
Biarpun
tidak ada benjolan, payudara yang membengkak atau terasa berat perlu
diberi perhatian. Kehamilan dan retensi (penumpukan) cairan akibat
terlalu banyak penggunaan garam sebenarnya juga boleh menyebabkan
payudara membengkak.
3. Iritasi kulit
Gejala
Kanser juga boleh diamati dari kulit payudara atau puting yang memerah,
tebal dan bersisik. Jika tanda-tanda itu muncul biarpun tidak sedang
mengalami jangkitan kulit dan tidak memiliki alahan terhadap bahan kimia
pada pakaian, sabun dan lotion, sebaiknya segera berjumpa doktor.
4. Nyeri di bagian puting
Kista
di payudara juga boleh menyebabkan rasa nyeri di bahgian puting. Untuk
membedakannya dengan Kanser payudara, periksakan segera dan mintalah
doktor untuk melakukan pemeriksaan ultrasonik yang boleh membezakan
kista dengan sel Kanser.Biarpun jarang, pertumbuhan sel Kanser payudara di sekitar areola juga boleh menyebabkan puting tenggelam. Jika gejala ini muncul tiba-tiba, ada kemungkinan terjadi penarikan atau pengencangan kelenjar susu yang terjadi kerana terdesak oleh sel tumor.
Selain susu, cairan apapun yang keluar dari puting perlu diberi perhatian terutama jika berwarna merah atau coklat. Biasanya doktor akan melakukan ductogram yakni sejenis mammograph untuk memeriksa kelainan kelenjar susu, dan mengamati cairan yang keluar dengan bawah mikroskop untuk mengetahui adanya sel Kanser di dalamnya.
Kanser payudara selalu ditandai dengan pembengkakan kelenjar getah bening di kawasan ketiak. Periksakan segera untuk menjangkakan kemungkinan tersebut, biarpun kadang-kadang jangkitan juga boleh menyebabkan bahagian ini membengkak.
No comments:
Post a Comment