- Individu yang mempunyai tabiat pemakanan yang tidak sihat dan gemar mengambil makanan/minuman yang mengandungi asid urik yang tinggi seperti air bikarbonat dan makanan segera serta gemar makan cili padi termasuk bijinya.
- Berat badan berlebihan atau obesiti. Semakin berat badan anda, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes kerana faktor pemakanan yang tidak terkawal.
- Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes. Namun begitu ia bukan disebabkan oleh faktor genetik tetapi faktor pemakanan yang dimakan semasa proses pembesaran dalam keluarga tersebut.
- Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes.
- Sejarah diabetes pada kehamilan akhir.
- Gaya hidup yang tidak sihat dan tidak aktif.
- Tahap lemak atau kolesterol yang tinggi.
Komplikasi Diabetes
Keadaan kecemasan:
Keadaan kecemasan:
- Hipoglisemia ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu renda.
- Hiperglisemia adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
- Diabetes Ketoacidos ialah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
Akibat dari kandungan gula yang tinggi dalam darah berlaku berpanjangan, ia kan mengakibatkan :
- Mata - Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta.
- Saraf - Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki.
- Otak - Angin ahmar (Strok)
- Buah pinggang - Kegagalan buah pinggang
- Jantung - Sakit jantung
Apakah bahaya kalau penyakit kencing manis tidak dirawat atau dikawal dengan baik?
Penyakit ini akan melarat sehingga mendatangkan akibat-akibat buruk seperti :-
- Buta
- Kerosakan buah pinggang
- Sakit jantung dan penyakit lumpuh
- Darah tinggi
- Menjejaskan Keupayaan Seksual
- Penyakit saraf - Ini boleh mengakibatkan pesakit hilang deria di bahagian kaki dan tangan. Ia tidak dapat merasai sakit, panas dengan itu boleh mencederakan diri sendiri tanpa disedari
- Jangkitan yang menyebabkan Gangrene (tisu-tisu mati) yang boleh mengakibatkan kehilangan kaki
- Tidak sedarkan diri
- Kalau tidak dirawati dengan serta merta, pesakit boleh maut.
No comments:
Post a Comment