::: CONTENT :::

Sunday, May 17, 2015

Tumbuhan Adenmyosis

Adakah anda mengidap senggugut teruk?

Tumbuhan pada rahim bergelar adenmyosis. Rahim jadi bengkak dan membesar saperti hamil tiga bulan.

Andenmyosis

Gejala utama ialah senggugut yang amat teruk sehingga perlu makan pain killer dan sering cuti kerja.

Ada yang mengalami perdarahan berterusan dan berpanjangan serta berjetul-jetul menjadikan pucat anemia.

Dipercayai punca utama ialah darah haid yang meresap masuk kedalam dinding otot rahim menyebabkan radangan inflamasi .

Keadaan ini berlaku terus menerus setiap kali wanita berkenaan datang haid.

Peroses radangan/inflamasi dalam jangka panjang menyebabkan fibrosis pada otot-otot rahim dan rahim terus membengkak.

Berbeza dengan fibroid fibrosis dan pembengkakan dalam adenomyosis melibatkan keseluruhan otot-otot rahim, sedangkan tumbuhan fibroid melibatkan hanya sebahagian otot rahim sahaja dan ia ada selaput atau capsule yang menyelubungi tumbuhan fibroid.

Oleh itu  fibroid mudah dibuang dengan pembedahan sedangkan adenomyosis sukar dibuang tanpa merosakkan rahim.

Tumbuhan ini terus membesar atas pengaruh hormon estrogen. Bila putus haid baru tumbuhan terkawal. Tetapi untuk nenunggu putus haid munkin mengambil puluhan tahun kerana ia melanda wanita dalam umor muda.

Sering melanda wanita umor 40an tahun keatas. Juga sering melanda pesakit endometriosis dalam stage 4. Semakin ramai wanita dalam umor muda 30an tahun atau kurang dilanda tumbuhan adenomyosis.

Perut membesar saperti hamil 5 bulan

Dilema untuk merawat pesakit muda yg masih berharap utuk hamil. Ada dikalangan wanita yang belum berumur 30 tahun sudah dilanda tumbuhan adenomyosis. Malah ada yang belum kahwin pun sudah mengidap penyakit ini.

Punca sebenar penyakit endometriosis dan dan adenomyosis tidak diketahui tetapi kebanyakkan ada kaitan dengan penyakit endometriosis.

Ramai gadis-gadis yang mengalami senggugut sejak remaja mengidap penyakit endometriosis.

Ia berpunca dari tumbuhan sel-sel endometrium yang terkandung dalam darah haid diluar rahim, biasanya dibelakang rahim, sekitar kilang ovary, saluran falopia, usus dan pundi kencing.

Dipercayai sel-sel endometrium sampai ketempat-tempat tersebut akibat 'retrograde menstruation' atau limpahan darah haid kebelakang rahim.

Dalam kaedaan biasa sel-sel darah haid dapat disapu bersih olih sel-sel pertahanan (phagocytes). Apabila ketahanan atau immunity menurun sel-sel endometrium terus tumbuh jadi penyakit endometriosis.

Bila endometriosis menjadi terlalu teruk ia akan tumbuh dalam rahim sabagai tumbuhan adenomyosis.

Stress fizikal, mental dan emosi adalah faktor penyebab penting bagi penyakit endometriosis dan adenomyosis.

Stress bolih timbul ditempat kerja,; dalam pergaulan dengan rakan dan teman, di jalan raya ketika memandu, dirumah ekoran masalah keluarga dan lain-lain.

Stress menyebabkan ketahanan badan/immunity menurun dan mudah tubuh badan diserang penyakit.

Darah haid yan biasanya tidak mendatangkan mudarat jadi mengganas dan merosakkan perabakkan bila immunity munurun.

Immunity menurun juga sering disebabkan pemakan yang tidak seimbang dan kekurangan dalam vitamin-vitamin, logam-logam dan antioxidants.

Punca utama zat-zat tersebut ialah sayur-sayuran dan buah-buahan. Tabiat tidak suka sayur dan buah-buahan ketika umur kanak-kanak dan remaja dan terlalu minat dengan fast dan junk foods.

Tumbuhan Adenomyisis dalam rahim

Bedah buang rahim atau hysterectomy


No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Twitter Facebook Feed Facebook Share It Twitter Share It

Do you like this story?