Pengenalan Alam: Tumbuhan Divisi: Magnoliophyta Kelas: Magnoliopsida Order: Cucurbitales Famili: ucurbitaceae Genus: Momordica Spesies: M. charantia NAMA LAIN: Kyethinkhathee (Burma), karela, kerela, titakerala (Hindi), paria, pare atau ayam pare (Indonesia / jawa), nigauri, nigaiuri, tsurureishi (Jepun), pavaaki, paakhar kaai (Tamil), mướpđang, kho qua (Vitnam), maha, mara, phakha (Thai), kugua (labu pahit) dalam bahasa Cina, bitter melon
Khasiat Buah Peria
Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua.
Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.
Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Buah Peria yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti Buah Peria, Diabetis, kencing manis, Masaalah Haid, Merawat Asma, Merawat buasir, Momordica charantia.
Sejak zaman purba lagi peria digunakan untuk merawat kencing manis. Pakar perubatan tradisional China telah menggunakan peria untuk merawat asma dan masalah haid yang terlewat. Doktor dari England telah membuat penyelidikan untuk mencari nilai saintifiknya. Hasilnya mereka menemui hypoglycemic atau insulin. Seterusnya mereka mencipta plantinsulin untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing.
Kaedah yang paling mudah untuk merawat penyakit ini ialah dengan meminum jus yang diambil daripada empat atau lima biji peria pada setiap pagi. Bijinya yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam makanan. Sekiranya tidak mahu meminum jusnya, penghidap diabetes juga boleh meminum air rebusan beberapa potong peria ataupun menggunakannya dalam bentuk serbuk.
Daunnya pula sangat berkesan untuk merawat buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus yang boleh diperolehi daripada daunnya ke dalam segelas susu. Ia hendaklah di minum setiap pagi selama sebulan untuk merawatnya. Akarnya yang telah di hancurkan pula di gunakan untuk di sapukan ke tempat buasir.
Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah, fungus peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan. Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati kesan daripada pengambilan alkohol.
Walaupun peria tidak di minati kerana kepahitannya tetapi ia banyak membawa manfaat kepada orang yang mengemarinya. Rasa pahitnya akan hilang dengan cara merendam di dalam air garam sebelum di masak. Di India, biji daripada buahnya yang telah di masak ranum pula di jadikan sebagai bahan perasa.
Hakikatnya sekarang banyak syarikat pengeluar produk herba dan kesihatan menggunakan ekstrak peria dalam ramuan produk mereka semata-mata untuk mendapat khasiat dan manfaat peria ini. Ini termasuklah menjadikannya sebagai jus untuk minuman, uncang campuran dengan teh untuk minuman dan juga pil atau pun tablet untuk ditelan sebagai ubatan herba.

No comments:
Post a Comment