::: CONTENT :::

Friday, May 30, 2014

Kanser Serviks

[!] Kanser Servik Pembunuh Wanita !!!


Kanser serviks atau kanser pangkal rahim merupakan antara kanser yang utama berlaku di kalangan wanita dan merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara termasuk di Malaysia.

10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.



[?] Apakah itu kanser servik?

Kanser pangkal rahim (Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.), penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.

[?] Bagaimana ia merebak?
  • Berlaku di sekitar servik
  • Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant' seperti paru-paru melalui sistem aliran darah


[?] Penyebab Kanser Pangkal Rahim
  • Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
  • Mempunyai pasangan seks berbilang
  • Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
  • Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
  • Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
  • Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.
KAJIAN DARI WHO (PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA )

Menurut laporan WHO, 80% daripada wanita di dunia ini menghidapi penyakit ginekologi yang berbeza tahap.

75% daripada penyakit ginekologi adalah disebabkan oleh penjagaan yang tidak betul ketika haid dan penggunaan tuala wanita yang tidak berkualiti.

Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor berikut berperanan menyebabkan kanser servik.


[!] Tanda dan gejala kanser pangkal rahim.

  • Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
  • Perdarahan yang berpanjangan
  • Perdarahan di antara haid
  • Sakit
  • Berbau
  • Bercampur darah
  • Kehadiran darah beku
  • Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
  • Sakit semasa hubungan seksual
  • Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina

PERHATIAN: Segala info yang dikongsikan di sini sekadar pengetahuan sahaja. Sila rujuk dengan doktor pakar untuk pengesahan atau khidmat nasihat.

No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Twitter Facebook Feed Facebook Share It Twitter Share It

Do you like this story?