::: CONTENT :::

Thursday, May 29, 2014

Kanser Paru-paru


Kanser terjadi apabila sel-sel normal melalui satu proses transformasi yang mengakibatkan sel-sel membiak luar kawalan. Sel-sel ini akan membentuk suatu tumbuhan atau tumor yang berlainan daripada tisu asal.

Tumor adalah merbahaya kerana ia menggunakan oksigen, nutrien dan ruang sel-sel sihat seterusnya merebak, akibatnya, ia merosakkan atau mengurangkan upaya tisu berfungsi secara normal.

Di dalam badan, tumor boleh merebak ke kelenjar berdekatan atau menular ke anggota lain melalui perjalanan darah. Proses ini dipanggil metastasis.

Apabila kanser paru-paru merebak atau bermetastasis, tumor di dalam paru-paru dipanggil tumor primari dan tumor di bahagian badan yang lain dikenali dengan tumor sekunder atau tumor metastatik.

Tetapi, bagi perokok pasif (menghidu asap rokok) kemungkinan untuk mendapat kanser ini adalah 1.5 lebih tinggi.

Kanser ini juga dikaitkan dengan pendedahan kepada asbestos seperti kilang kuari dan pada arsenik, kromium, bahan petroleum dan radiasi.

Punca Barah Paru-paru


Menurut kajian tabiat MEROKOK merupakan salah satu punca terjadinya barah paru-paru. Kebanyakkan pesakit barah paru-paru adalah dari penghisap rokok.

Selain itu, pendedahan kepada radiasi dan pendedahan pada bahan kimia juga turut meyumbang dalam penyakit barah paru-paru ini.

Pencemaran atmosfera juga tidak terlepas pandang dari salah satu punca barah paru-paru. Dan yang terakhir ialah di sebabkan oleh makanan yang mengandungi lemak tepu.

Berdasarkan pakar kesihatan, seorang perokok berpotensi terdedah kepada ;

  • 10 kali lebih berisiko untuk menghidap kanser mulut
  • 12 kali lebih berisiko untuk menghidap kanser paru-paru
  • 10 kali lebih berisiko untuk menghidap kanser di larinks
  • 6 kali lebih berisiko untuk menghidap penyakit hati
  • 2 kali lebih berisiko untuk mendapat stroke.


Simptom Barah Paru-paru
Tanda-tanda awal yang menunjukan seseorang itu berkemungkinan akan menghidap penyakit barah paru-paru ialah:-

  • Batuk berdarah
  • Batuk berpanjangan (tidak sembuh)
  • Jangkitan pada paru-paru dan saluran pernafasan
  • Suara menjadi kasar
  • badan menjadi lesu dan susut berat badan
  • sakit pada bahagian tulang dan tulang belakang.

No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Twitter Facebook Feed Facebook Share It Twitter Share It

Do you like this story?