Ambil 2 helai daun betik yang hijau dan segar, tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua. Basuh daun dengan air sehingga bersih. Buangkan bahagian batang daun betik tersebut dan carik-carikkan bahagian daun sahaja. Giling atau tumbuk daun tersebut sehingga lumat/berair.
Perah jus daun tersebut. Anda akan dapat anggaran dua sudu makan jus daun betik.
Minum jus daun betik 2 kali sehari (1 sudu pagi dan 1 sudu petang). Tidak perlu tambah air atau masak jus daun betik tersebut. Rasanya memang pahit tapi mujarab. Amalkan setiap hari sehingga sembuh.
Sumber: 101 Petua
No comments:
Post a Comment