::: CONTENT :::

Sunday, February 16, 2014

Kaedah DIET Cegah Kanser Serviks

Kanser serviks adalah kanser ketiga paling kerap menyerang golongan wanita.

Sekurang-kurangnya 200,000 wanita dilaporkan meninggalk dunia setiap tahun akibat penyakit berkenaan.

Lebih menakutkan apabila kebanyakannya tidak menyedari kehadiran kanser dalam diri lantaran tiada tanda-tanda drastik.

Sebab itulah, sewaktu pemeriksaan kesihatan dijalankan maka kamser berkenaan sudah berada di tahap ketiga dan keempat.

Seorang pakar perubatan dari Hospital Fortis Hiranandani, India berkata, satu pertiga kes kanser serviks adalah disebabkan pola diet yang salah.

Sebenarnya, penyakit ini masih boleh dicegahdengan mengambvil beberapa jenis makanan seterusnya mempraktikkan diet yang baik untuk kesihatan. Antara yang disyorkan ialah:


Kaya Vitamin A
Terdapat beberapa jenis makanan mengandungi banyak vitamin A seperti lobak, oren, telur, tuna serta produk tenusu.

Dikatakan bahawa makanan ini paling baik untuk mencegah kehadiran kanser serviks.

Kaya Vitamin B Folat
Bagi mencegah kanser serviks, seseorang individu perlu mangambil bentuk makanan yang mengandungi B Folat.

Ia kemudiannya bertindak untuk membantu menurunkan paras homocysteine dan zat yang boleh menyebabkan pertumbuhan sel tidak normal pada serviks.

Beberapa makan yang dikenal pasti keberkesanan iaitu brokoli, kubis dan lain-lain.

Kaya Bahan AntiOksidan
Buah avokado cukup terkenal sebagai bahan antioksidan yang tinggi.

Pada masa yang sama, ia juga berkemampuan melawan radikal bebas sekali gus mencegah dari berkembangnya penyakit kanser.

Selain avokado, blueberi, lada, ceri, ikan salmon dan ikan yang mengandungi lemak boleh juga diamalkan.

Di samping itu, sayur-sayuran seperti brokoli, bunga kubis dan kubis boleh diamalkan kerana emngandungi agen antioksidan yang dikenali sebagai lutein dan zeaxanthin.

Dipercayai bahan tersebut boleh menurunkan risiko mendapat kanser.

Kaya Polyphenol dan Flavonoid
Pengambilan minuman teh hijau, minyak zaitun, anggur merah, tomato, kacang merah, kacang tanah dan lada sangat digalakkan bagi mencegah kanser sekali gus menyingkir terus perkembangan tersebut di dalam tubuh.

Kandungan polyphenaol dan flavonoid dikatakan membantu menyekat penularan sel-sel tersebut sekali gus mengancam kesihatan individu yang berisiko menerima penyakit kanser serviks.

No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Twitter Facebook Feed Facebook Share It Twitter Share It

Do you like this story?