::: CONTENT :::

Saturday, January 26, 2013

Gula dan Risiko Terhadap Kesihatan

AWAS!!! Tahukah anda kesan pengambilan gula berlebihan dalam diet harian boleh mengakibatkan anda mengidap pelbagai penyakit berbahaya? Terdapat 60 jenis penyakit berbahaya yang dikaitkan dengan pengambilan gula secara berlebihan.

Antaranya ialah kanser, diabetis, kegemukan (obesiti), masalah jantung, osteoporosis, masalah buah pinggang, asma, alahan dan penurunan metabolisma dalam badan.

Menurut Institut Diabetes Antarabangsa, Malaysia mempunyai jumlah penghidap diabetes yang ke empat tertinggi di Asia. Daripada sejumlah 800,000 pesakit diabetes yang disenaraikan pada tahun 2007, jumlahnya dijangka meningkat kepada 1.3 juta pada tahun 2010.

Antara penyakit – penyakit akibat dari kemanisan Gula…

Bagaimanakah Gula Boleh Menjejaskan Kesihatan Manusia?

Gula tidak menjejaskan mana-mana bahagian tubuh tetapi ia mengubah kimia darah .


Pengambilan 24 sudu teh gula boleh menyebabkan keberkesanan sel darah putih menurun sebanyak 92% dan ia memakan masa sehingga 5 jam


Gula tidak menyebabkan sakit jantung , tetapi ia menjadikan platelet darah melekit, ini meningkatkan risiko pembekuan darah dalaman yang mengakibatkan kepada serangan jantung dan strok melalui lemak darah.


1gm gula memberi 4 kilokalori kepada tubuh kita. Kalori dan gula yang tidak digunakan akan bertukar menjadi LEMAK didalam tubuh kita.


Dengan setiap pengambilan 10 sudu teh gula akan membekalkan 200 kilokalori tenaga. Untuk membakar 200 kilokalori tenaga pula anda perlu……



Berjoging selama 30 minit ATAU
Bersenamrobik selama 45 minit ATAU
Berbasikal selama 1 jam

No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Twitter Facebook Feed Facebook Share It Twitter Share It

Do you like this story?