::: CONTENT :::

Wednesday, November 28, 2012

Teh Hijau Usir Lemak

Teh Hijau Usir Lemak

agi yang gemar menikmati makanan berlemak, jangan bimbang kerana masih terdapat jalan penyelesaian yang mudah untuk mengusir pengumpulan lemak di dalam tubuh anda. Caranya, amalkan minum teh hijau tanpa gula secara rutin.

Para penyelidik di Universiti Kobe, Jepun mendapati bahawa mengambil teh hijau secara teratur juga akan menghalang pengumpulan lemah di dalam darah, seterusnya menjauhi risiko diabetes tahap 2.

Beberapa kajian juga telah dijalankan bagi membuktikan khasiat teh hijau bagi menghlan pengumpulan lemak.

Bukan hanya menghalang pengumpulan lemak, tetapi juga dapat meneutralkan kesan bahaya pada darah yang biasanya dikaitkan dengan diet tinggi lemak.


Sebagai info, dalam teh hijau terdapat kandungan katekin dan tanin yang lebih banyak berbanding jenis teh lain. Kedua-dua bahan ini amat efektif dalam meningkatkan kadar metabolisme sehingga dapat membantu tubuh untuk membakar lemak dengan lebih efisien lagi.

Ekstrak teh hijau juga boleh meningkatkan pembakaran energi sebanyak empat peratus. 

Jadi, tidak mustahil jika teh hijau mempunyai kebolehan untuk meningkatkan pembakaran kalori dan lemak, seterusnya membantu dalam penurunan berat badan.

Untuk mendapatkan manfaat lain, janganlah ragu untuk mengambil teh hijau tanpa gula setiap hari.

Selain dapat membakar lemak, anda juga berasa senang dan selesa kerana dapat menikmati secawan hidangan teh hijau yang enak.

Sumber: Mingguan Wanita. (30 November-06 Disember 2012)

Mungkin selepas ni,..teh mula hangat di pasaran...hehe.. (^_^)..

No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Twitter Facebook Feed Facebook Share It Twitter Share It

Do you like this story?